Sunday, February 4, 2018

KERAJAAN MAJAPAHIT

Bincangkan usaha yang dilakukan oleh pemerintah Majapahit bagi mengukuhkan empayarnya.     
Pendahuluan :
  1. Kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya pada tahun 1293 Masihi, setelah menewaskan kerajaan Kediri Raja Jayakatwang. Dalam usaha mengalahkan Raja Jayakatwang mendapat bantuan daripada orang-orang Madura yang dihantar oleh Wiraraja.
  2. Kejayaan Majapahit memperluaskan empayarnya banyak bergantung kepada kewibaan Gajah Mada, beliau merupakan pemimpin yang bertanggungjawab merangka program perluasan empayar Majapahit yang dikenali sebagai sumpahan nusantara/palapa.
  3. Latarbelakang empayar Majapahit.
Isi :
Perluasan Kuasa :
  • Gajah Mada telah melancarkan perluasan politik ke Sumatra pada abad ke-12 Masihi dan Bali pada tahun 1343. ekspdisi ini diketuai oleh Gajah Mada sendiri
  • Perluasan empayar teruskan dengan menawan Dompo pada tahun 1357 dengan diketuai oleh Mpu Nala. Majapahit juga terus meluaskan empayarnya dengan menakluki wilayah Lombok, Gurun, Banda, Moluccas dan Wanin.
  • Kesan daripada dasar perluasan empayar oleh Gajah Mada, Majapahit telah menjadi sebuah empayar yang cukup terkenal di Alam Melayu ketika itu.  Majapahit mempunyai empayar yang luas mencakupi wilayah Wanin di Irian Jaya sehingga ke Langkasuka di Tanah Melayu.
  • Semasa pemerintahan Hayam Wuruk beliau telah meneruskan dasar perluasan kuasa yang dilakukan oleh Gajah Mada dengan menguasai beberapa wilayah di Alam Melayu sehinggakan menjadikan Majapahit sebagai kerajaan Maritim yang unggul di wilayah ini.
Lawatan ke Wilayah yang Ditakluki  :
  • Bagi mengukuhkan empayarnya, Hayam wuruk sering melakukan lawatan ke wilayah-wilayah yang ditaklukinya bagi mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat tempatan.
  • Lawatan yang dilakukan oleh Hayam Wuruk bukan sahaja mengukuhkan emapayarnya, tetapi telah meningkatkan popularitnya sebagai pemerintah yang agong.
  • Bagi memudahkan urusan pemerintahannya, Hayam Wuruk telah persidangan tahunan di Majapahit, semua pemerintah di wilayah-wilayah yang ditakluki dikehendaki hadir ke Majapahit bagi membentangkan laporan.
  • Disamping itu persidangan ini dihadiri oleh semua pegawai-pegawai, menteri, ketua menteri, pembantu raja, pemerintah province, pegawai-pegawai daerah dan ketua-ketua kampong dari wilayah luar Jawa.
  • Dalam persidangan tersebut Hayam Wuruk mengingatkan para pemerintah supaya menjaga kebajikan, keadilan, menjaga keselamatan penduduk kampong dan menggalakkan rakyat hidup berlandaskan ajaran agama.
 Hubungan Diplomatik :
  • Hayam Wuruk telah mengadakan hubungan yang erat dengan Negara China, beliau telah menghantar utusan ke Negara China pada tahun 1370, 1375 dan 1377.
  • Tujuan beliau menghantar utusan ke negara China bertujuan bagi membantu Majapahit mengukuhkan kedudukan dalam negara. Semasa pemerintahan hayam Wuruk, Majapahit merupakan sebuah negara yang kaya raya hasil daripada kutipan ufti dan cukai yang dibayar oleh pemerintah dan rakyat dari seluruh pelusuk jajahan takluknya.
  • Disamping itu Majapahit menjadi pusat perdagangan yang terkenal ketika itu, pegadang-pedagang dari Jambhupida ( India ), Kemboja, negara China, Yawana dan Champa, Goda dan Siam telah mengunjungi Mahajapahit bagi menjalankan aktiviti perdagangan di situ.
 Sistem Pentadbiran :
  • Semasa pemerintahan Gaja Mada dan Hayam Wuruk Majapahit mempunyai organisasi pentadbiran yang cekap dan tersusun terkandung di dalam kitab Nagarakartagama.
  • Kerajaan Majapahit dibahagikan kepada 3 bahagian,  iaitu kerajaan pusat (Istana Raja ) Majapahit Tulen ( wilayah asal Majapahit ) dan kawasan jajahan takluk.
  • Majapahit mengamalkan system pemerintahan raja berkuasa mutlak dan terdapat sebuah badan yang berfungsi menasihati raja dalam membuat keputusan.
  • Bagi urusan pentadbiran negara terdapat tiga golongan pegawai yang telah ditugaskan iaitu golongan Rakyan, Golongan Arya dan golongan Akra. Sistem pentadbiran yang cekap telah menjadikan Majapahit menjadi sebuah emayar yang kuat dan mempunyai jajahan takluk yang banyak.
Kesenian/Kesusasteraan :
  • Aspek kesenian telah dijadikan alat untuk mengukuhkan empayar di Majapahit dimana pada zaman pemerintah Hayam Wuruk berlaku perkembangan yang pesat didalam bidang kesenian khususnya kesusasteraan.
  • Hasil kesusasteraan yang penting ialah Negarakartagama, Pararathon dan Tantu Pangelaran. Ketiga-tiga karya ini mengandungi kisah tentang kampong-kampung yang pernah dilawati oleh Hayam Wuruk ketika membuat lawatan di Lumanjang.
  • Bagi meningkatkan lagi perkembangan bidang kesenian, Hayam Wuruk telah memberikan galakan bagi mengadakan pertunjukan wayang kulit yang merujuk kepada kisah-kisah dalam epik Ramayana dan Mahabaratta. Negarakartagama merekodkan tentang Hayam Wuruk yang mempersembahkan tarian topeng bersama lapan pembesar.  Dengan adanya naungan dari pihak pemerintah bidang kesenian telah mengalami perkembangan yang pesat.

No comments: