Tuesday, April 29, 2008

PERJANJIAN BURNEY

Perjanjian Burney' adalah satu perjanjian ditandatangani antara Siam dan Pihak British pada 1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan perjanjian ini.

Pada tahun 1909, pihak dalam perjanjian tersebut menandatangani satu perjanjian baru yang menggantikan perjanjian 1826. Perjanjian 1909, dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Siam 1909, atau juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, memindahkan keempat-empat negeri Melayu daripada Siam menjadi wilayah British.

No comments: