Tuesday, April 29, 2008

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.

Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah Melayu. Perjanjian sebelum ini ialah :

1. Perjanjian Burney 1826
2. Perjanjian Sulit Siam - Britain 1894
3. Perjanjian British - Perancis 1896
4. Perjanjian Sulit Siam - Britain 1897
5. Perjanjian Siam Britain 1902
6. Pakatan Britain - Perancis 1902

Senarai kandungan

* 1 Latar belakang perjanjian
* 2 Perjanjian
* 3 Wakil - wakil
* 4 Isi Perjanjian 1909

Latar belakang perjanjian

Gabenor Negeri-negeri Selat mendapat nafas baru apabila Pejabat Tanah Jajahan di India tidak lagi mentadbir Negeri-Negeri Selat. Sebelum ini Pejabat Tanah Jajahan di India mengabaikan masalah pentadbiran dan perdagangan di Semenanjung Malaysia. Pentadbiran lansung daripada London memudahkan keputusan pentadbiran, politik dan keselamatan dibuat. Ketika Britian merupakan kuasa utama di dunia.

Sedangkan Gabenor Negeri-Negeri Selat bimbangkan kemaraan kuasa-kuasa Barat seperti Jerman , Perancis dan Amerika Syarikat, di samping kuasa sedia ada iaitu kerajaan Siam. Kuasa-kuasa Barat ini cukup aktif memperluaskan tanah jajahan bagi tujuan ekonomi, agama dan politik. Kuasa-kuasa besar ini berebutkan tanah jajahan di seluruh dunia. Seboleh mungkin mereka tidak mahu bergaduh antara satu sama lain. Unsur agama iaitu Katolik dan Protestan mendominasi perluasan jajahan ini.

Perseteruan dengan Islam turut menjadi unsur perlumbaan ini. Negara Turki yang menaungi negara-negara Islam semakin tidak bermaya.

Kerajaan Perancis begitu aktif di Indo-China kerana pengaruhnya turut berkembang ke Siam dan utara Tanah Melayu.

British cukup takut dengan kehadiran pihak Jerman dan Amerika Syarikat yang inginkan tapak perdagangan dan perusahaan di pulau Langkawi dan Terengganu.

Perjanjian

Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah , Kelantan dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran kerajaan Siam.

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu , kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.

Wakil - wakil

* Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
* Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.

* Kerajaan Perak diwakili oleh :

1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
3. E.W. Birch, Residen British Perak.
4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan/ Taiping.

Isi Perjanjian 1909

1. Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand / Siam. Padahal kerajaan Melayu Pattani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2. Kedah, Perlis , Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah oleh Siam diserahkan kepada Britain.
3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.

No comments: