Tuesday, April 29, 2008

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian London.

Syarat-syarat perjanjian

Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:-

* Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura.
* Belanda akan menyerahkan melaka kepada pihak Inggeris dan sebagai balasannya pihak Inggeris pula akan memberikan bangkahulu kepada pihak Belanda.
* Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda).
* Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat didalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
* Inggeris pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan Perjanjian Inggeris Belanda

* Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.
* Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.
* Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

No comments: