Monday, April 28, 2008

SUMBER SEJARAH

SUMBER PERTAMA

Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak , surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan.Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir.

Contoh :

* Batu Bersurat Terengganu
* sumber daripada batu nisan yang terpahat nama Sultan Mansur Shah di atasnya

SUMBER KE DUA

Sumber kedua atau sumber skunder terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis seperti majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan, blog di dalam internet. Bahan tersebut ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah.Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum.Contoh sumber kedua ialah :

* keratan forum mengenai sejarah dalam akhbar Utusan Malaysia
* Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu